SALAM 1 MALAYSIA,
Kini ku kembali...
Setelah sekian lama aku menyepi dari coretan ini akhirnya ku buka pintu hatiku untuk kembali bersama untuk berkongsi rasa suka duka sepanjang kehilanganku dalam memperjuangkan hak ku sebagai seorang hamba di Bumi Allah...
Rindu benar aku pada tulisan ini. Didada membuak-buak rasa hati ingin berbicara mencerita cherita tentang cinta, dunia dan abadi. Segalanya memberontak bagai mau memuntahkan lahar mentera dan taufan derita.
28/2/2011 - 06/11/2012
Suatu jangkamasa yang begitu pantas meninggalkan aku tanpa ku sedari dan kini babyku pun sudah petah bercakap dan bermain komputer dengan you tube kegemaranya, Boboi Boy dan si Upin Ipin.
Ya Allah terima kasih diatas nafasku yang masih kau kurniakan untuk ku menghitung hari dan memberi ku ruang untuk memperbaiki diri dalam mencari hari yang pasti !
Salam Sayang
Nyonya Borneo
Tuesday, November 6, 2012
Monday, February 28, 2011
AKU PENULIS BESTSELLER....??
CERITA PENULIS SUPER....
Salam,
Di pagi minggu yang indah sebegini, hati NB terasa begitu tenang dan berbibitkan bunga-bunga cinta maka hari ini NB ingin mengambil kesempatan berkongsi suatu ilmu pengetahuan yang orang kurang ambil tahu kerana tak tahu… tapi boleh menjana kehidupan yang lumayan dan berterusan.
Sama seperti sebelum ini NB pun begitu alpa sehinggalah saat NB mengikuti bengkel mega seminar barulah minda NB terbuka luas seperti peluang yang diwar-warkan.
Apa yang NB harapkan jika NB berjaya dalam projek ini NB juga mengharapkan kejayaan yang sama pada sahabat-sahabat semua…
Maka sama-samalah kita saling mendoakan kejayaan dan dipermudahkan segala urusan yang ingin dicapai… AMIN.
Zalim rasanya kalau NB tidak berkongsi peluang ini bersama dengan seramai mungkin… kerana pernah menghadiri seminar sebelum ini maka NB amatlah mengesyorkan supaya bengkel ini dapat dihadiri oleh bakal penulis yang ingin mengembangkan bakat terpendam dan seterusnya menjana pendapatan lumayan.
Ingin jadi Penulis Bestseller? Bagaimana caranya?
Inilah jawapannya yang ingin NB war-warkan dan lebih baik jika Tuan Empunya progam menerangkan bukan apa kalau NB bercerita takut ada yang tertinggal atau terlebih sampai…
Terima kasih NB buat Tuan Fauzul & Tuan Zamri kerana mengizinkan penggunaan artikel dibawah untuk dikongsi bersama:
Dari meja Akademi Penulis….
You are here/ Bengkel Penulis Super
Bengkel Penulis Super?
Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan
|
Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini.
|
Fasa 2 : Fasa Penulisan
|
Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.
|
Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan
|
Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya.
|
Super? Boleh Buat Duit dengan Menulis?
Kita ambil 5,000 naskhah sebagai asas kiraan.
15 edisi X 14 kali ulang cetak X 5,000 naskhah = 1,050,000 naskhah
Jika kita meletakkan anggapan setiap naskhah beliau memperoleh royalti RM1 (dikatakan pengarang ini membuka syarikat penerbitan sendiri. Syarikat itu yang mengedarkan buku itu, pendapatannya tentu melebihi dari apa yang kita kira di sini)
RM 1 X 1,050,000 naskhah RM1,050,000!!!
Banyak ataupun tidak?
BANYAK!!!!
Adakah Benar Orang Malaysia Tidak Membaca?
Orang Malaysia hanya membaca buku satu muka surat satu tahun
Orang Malaysia hanya membaca dua muka surat satu tahun
Orang Malaysia membaca dua buku satu tahun....
Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh hubungi
AKADEMI PENULIS SDN. BHD.
(anak syarikat FN Education Group)
9-1 & 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur
Thursday, February 24, 2011
EPISODE MEGA SEMINAR
Akhirnya milikku.... MEGA SEMINAR, 19 Feb 2011, Sabtu.
Tak sabar rasanya nak bercerita panjang mengenai pengalaman manis menimba ilmu penulisan. Al maklum sajalah NB baru hampir sebulan berkecimpung dengan menghadirkan diri dalam ruangan dan dunia penulisan di blog dan fb. Itu pun gara-gara menyahut seruan TUAN abang yang mahukan CIK PUAN NB duduk di rumah fokus menjaga anak-anak. Syaratnya: Kalau nak buat kerja dari rumah Thumb ups! green light, no hal but no more outside, on field work.. Yes BOSS! (Tabik springgg!!) Disebabkan kegedikkan NB yang tak boleh duduk diam, apa taknya dah berpuluh tahun keluar on & off mencari ala-ala own pocket money tapi tak pernah penuh pung dan akhirnya kena duduk rumah membatu jadi mati kutu dibuatnya.
Perlahan-lahan NB mencari minat dan mengasah bakat terpendam yang belum pernah NB terokai. Alhamdulillah ilham datang pada maal hijrah kemarin, bermulalah sesi penulisan di blog dan tak disangka-sangka menjadi seronok dan menghiburkan diri. Bila tak menulis sehari rasa ketinggalan laa pulak. Tapi NB control-control jugak, takut tersasau!! Lupa daratan dengan tujuan asal saja nak mencuba-cuba dan amanah suami meng-priority-kan anak-anak tersayang. Tapi kalau dah suka ibarat cinta pandang pertama bukan boleh ditahan-tahan perasaannya yang membuak-buak hendak menulis. Cuma kekangan masa yang membataskan NB. Apa yang NB perlukan sekarang ini pengorbanan masa tidur perlu diubahsuai agar dapat memberi ruang NB untuk berkarya. Ewah.. sedap bunyinya tu seperti sudah ternampak dan terbayang-bayang jalan baru kehidupan.
Episod mega seminar bermula 3 hari sebelum bengkel. NB dihubungi dgn email melalui zamrimohamad.com. Teringin nak pergi tapi takut nak bersuara dengan Tuan abang. Akhirnya dengan kekuatan hati, permohonan diluluskan tapi bersyarat: pandai-pandai la arrange dan organize anak-anak. Apa lagi, bergegaslah NB menjalankan misi sub anak ke kakak angkatku tercinta Cik Puan Norlia. Selalunya anak NB yang sulung punya peranan tetapi kerana aktiviti combating crime terpaksalah NB mengadap Cik Puan Norlia walaupun NB tahu yang dia pasti tak akan menolak cuma NB suami isteri tak suka nak menyusahkannya. Tetapi akhirnya niat itu tidak kesampaian apabila Tuan abang sukarela menjadi pengasuh sementara kakaknya pergi beraktiviti. Terima kasih , darling Abang. Terima kasih daun keladi esok bengkel kedua jaga lagi ya...
Pada pagi 19hb Feb, NB bangun dengan semangat berkobar-kobar kerana yang pasti ada suntikkan semangat baru, dunia baru walaupun NB sendiri tidak pasti apa sebenarnya…
Bermula dengan menyiapkan diri, memasak bubur untuk si kecil, tiba-tiba.. aaww sakitnya…NB telah terceduk bubur ke atas jari! Sepatutnya ke dalam mangkuk disebabkan mata memandang ke arah lain dan otak senantiasa mengira waktu takut terlambat. Tak berani nak bersuara takut kena cancel jadual, alamat melepaslah nanti. NB hanya mendiamkan diri walaupun pedih hangatnya Tuhan aje yang tahu. Dalam hati NB memujuk diri, “ ini pasti permulaan yang hebat dan menjanjikan yang terbaik untuk hari ini.”
Memang benar, NB melangkah masuk ke dewan dengan keyakinan yang tinggi. Sebenarnya NB mahu mengumpulkan balik semangat setelah sekian lama tidak ke bengkel sebegini. Yang terakhir ke seminar usahawan anjuran Smidec @ Sme Corp 2 tahun doulu.
Dewan Bersejarah |
Tuan Alizan, staff yang berdedikasi, menjawab persoalan NB dari hari penyertaan 17hb Feb... |
Tersenyumkan apa tu... Tuan MC, Tuan Ikram? |
Bos Besau PTS |
Bengkel dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Tuan MC, Tuan Ikram, seorang demi seorang Speaker diperkenalkan dan yang pasti berlatarbelakangkan pengalaman yang begitu mantap dan berjaya. Tuan Fauzul Na’im Ishak,penerbit dan pengurus besar Kumpulan PTS, sebuah syarikat penerbitan yang agresif dalam menghasilkan buku-buku yang berkualiti dan terlaris di Malaysia. Tuan Fauzul memulakan sesi yang menghiburkan dengan RE-CODE Penulis Super sebagai warm upnya. Begitu memotivasikan NB hampir terbuai sebentar dengan angan-angan mahu menjadi Penulis Super... Ehem! AKU PENULIS SUPER, RECODE!! (Ya ALLAH, dengarkanlah doa ku ini…Amin.)
Full house.. |
RE-CODE Diri |
Fokus NB jangan tak fokus... pedulikan kandid tu.. |
Ilmu demi ilmu dicurahkan hari itu sehingga NB merasakan pelaburan RM50 begitu kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan nasihat dan tunjuk ajar yang dberikan oleh speaker gabungan yang istimewa.
Break 15min jangan disia-siakan... |
Self coaching boleh ke Mentor? |
Sesi kedua adalah giliran Tuan Zamri Mohamad, iaitu seorang gurus @ sifu dalam bidang penulisan sejak 2001. Begitu ikhlas dan jelas dengan ilmu yang diturunkan. Kata Tuan Gurus , bermula dengan apa yang ada di tangan. Begitu mendalam maksudnya pada NB… kerana NB telah mengumpulkan hampir seribu buku masakan tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya. (Rasa bersalah pada diri!).
Dan yang kedua, Oh ya, bagaimana hendak NB mulakan kerana baru sahaja bermula kami sudah diberi arahan menulis nama, tel, email dan tajuk buku diatas lipatan kertas. Kemudian ditukar-tukar sesama peserta. Mungkin otak agak tersumbat setelah hampir setahun tidak digunakan sepenuhnya maka NB tidak mengikut arahan dengan betul. Berlaku sedikit kesilapan lain yang diarahkan dan lain pula yang NB buat. Apapun pengajarannya mungkin “kad nama” instant itu bakal menjadi co writer kita suatu hari nanti kata Gurus, Tuan Zamri.
Itulah iktibar dan pengalaman kesilapan pertama NB dalam episode menjadikan bidang penulisan sebagai peluang kedua dalam hidup NB setelah bergelar WAHM.
Bengkel diteruskan dengan pelbagai isu yang begitu padat dan berguna sebagai panduan untuk yang baru berjinak-jinak di bidang penulisan. Setiap ilmu yang dicurahkan diteliti, difokus dan cuba untuk diserapkan sebanyak mungkin.
Seterusnya sesi ketiga dibentangkan oleh pasangan yang saling lengkap melengkapi pada pandangan NB, iaitu Puan Ain Maisarah, penulis novel remaja no.1 di Malaysia dan suami merangkap pengurusnya, Tuan Syaizul Amal dengan topik mencipta identiti dan pembentangan bersama bagaimana seorang penulis boleh mencapai jutaan ringgit dalam menghasilkan buku. Sedikit sebanyak membuka mata peserta angka-angka yang ditunjukkan dengan bukti-bukti fact and figures. Tiada yang mustahil dalam dunia penulisan pada yang mengetahuinya. Itu pun setelah diberi penerangan yang jelas. Kepada yang tidak tahu pasti memikirkan berapa sen sangatlah bidang ini menguntungkan penulis dan bagaimana bidang ini boleh menjayakan seseorang. Itulah persoalan yang ingin di war-warkan oleh akademi penulis untuk menyedarkan masyarakat tentang luas dan besarnya pengaruh bidang ini yang belum diterokai oleh ramai orang. (Layan seketika dengan lagu… Billionaire by Travie McCoy)
Kedua-dua Tuan pun asyik dengan bicara Ain Maisarah |
"Begin With The End In Mind"... |
Gabungan mantap pasangan sejoli... |
Bengkel diakhiri dengan berphoto beramai-ramai. Sebelum itu, sesi soal jawab dari peserta kepada gabungan speaker yang terlibat. Setelah mendengar penerangan dari Tuan Fauzul rasanya hampir lengkap semua infomasi yang ingin diketahui. Satu lagi kesilapan yang NB belajar, kalau mahu menjadikan blog sebagai sebuah buku, pesan Tuan Fauzul tulislah blog dengan fokus pada satu-satu bidang dan bukannya bercampur-campur. Setelah itu tiba giliran Tuan Zamri menjawab soalan-soalan yang diutarakan…tersentak sebentar NB dan dengan rasa malu-malu kucing NB mengangkat tangan separuh tiang apabila Tuan Zamri menyebut Blog NyonyaBorneo dan member signal NB mengangkat tangan. Apa? Tuan Zamri!! Blog walking dan terserempak dengan blog NB dan menyebutnya di bengkel sesi soal jawab pulak tu. Oh, tidak!!! Ku tak percaya… Begitu terharu dibuatnya walaupun secara tidak sengaja tetapi begitu berkesan di hati NB kerana usia blog yang tak sampai sebulan sudah dikunjungi Tuan Gurus yang dihormati seterusnya menjadi mentor perjuangan NB, Insyallah. Itulah kuasa Tuhan pada siapa yang dikehendakiNya…
120 orang bakal Penulis Super 2011... Amin. |
Next step NB dalam mengatasi halangan kedua untuk menghadiri Bengkel Penulis Super… RM? Encik Tuan Abang? Anak-anak? Oh Tuhan permudahkanlah urusanku dalam menunutut ilmu Mu. Mudah-mudahan ilmu yang bakal ku perolehi dapat ku curahkan sebagai panduan dan pengajaran buat insan-insan yang terpilih sepertiku … AMIN.
Salam dan Jumpa lagi !
NyonyaBorneo
p.s. Gambar diatas dan laporan dibawah diambil dari koleksi akademi penulis.
Terima kasih ya, Tuan empunya gambar dan Puan empunya laporan.
Lagi pasal Mega Seminar....
Dari koleksi kandid peribadi NB:
Tuan Fauzul, pembuka bicara |
So agresif and so gooddd... entertainer |
Next Superb Program... Praying hard for it! |
Memanfaatkan masa yang ada... |
Sesi praktikal Tuan Zamri |
TQVM gurus, Jasamu ku kenang... |
Sesi mencungkil otak.. |
Promo dari Tuan MC, Tuan Ikram for the next program.. |
Signing autograph by Ain Maisarah for my dear nabilla |
TQVM Ain Maisarah for your personal touch.. memang touching.. |
Jualan buku with 10% diskaun |
Kat mana-mana pun boleh sign |
Inilah mentor & gurus penulisan |
Tuan Zamri bersama bakal penulis super 2011...? |
Bersama Tuan Penerbit yang berkaliber... |
Wajah bakal penerbit ku...? |
Kenangan yang terindah |
Rakan seangkatan... |
Kenalan seperjuangan... |
Teman bicara... TQ kak Faridah for my lunch! |
Sesi Bicara Ain Maisarah |
Merpati dua sejoli, saling lengkap melengkapi... Buah hati jantung Ain Maisarah |
Gabungan 4 panel jemputan yang hebat dan mantap |
Di sini lah bermulanya detik kehidupanku... yang baru. |
Jiwa baru... semangat membara.. |
Hadiah yang teramat indah permulaan 2011 dari sifu yang dihormati... Tuan Zamri Mohamad. |
Doa NB buat Tuan gurus... |
Wednesday, February 16, 2011
i'm a little writer ....
Subscribe to:
Posts (Atom)