Sunday, January 30, 2011

Kenali Kaum Irranun di Sabah.



BUKU Masakan Tradisi Irranun


Seperti yang telah NB janjikan minggu ni NB berkesempatan untuk mentelaah buku retro koleksi NB yang berjudul Masakan Tradisi Irranun. Sebuah buku tulisan oleh Pn Hadijah Abdullah Teng,  tahun 1989.

Mencatatkan sejarah ringkas mengenai kaum yang paling kecil di Sabah iaitu suku kaum Irranum yang kebanyakkannya tinggal di persisiran pantai di daerah Kota Belud dan Lahad Datu.     
Irranun @ I-RANAO-EN bermaksud orang dari danau.

Di Filipina, terdapat lebih dari sejuta penduduk yang berloghat serupa dengan bahasa irranun di Sabah. Mereka dikenali sebagai suku kaum Maranao, Maguindanao dan Illanun.  61% daripada rakyat filipina yang beragama islam terdiri dari suku kaum ini.
Manakala di kepulauan Sulu pula, terdapat juga suku kaum lain yang bukan berbahasa Irranun seperti Suluk di Jolo dan Samal.

Untuk pengetahuan anda, suku kaum Irranum gemar masakan yang pedas-pedas dan berbumbu. Mempunyai rasa yang unik dan tersendiri, berbumbu bahan2 khas yang agak berlainan seperti bagutan, gintarong dan sakurab.
Kandungan bukunya agak lengkap merangkumi makanan laut, daging ayam, sayur-sayuran, telur, sup, nasi, sambal, acar dan termasuk kuih muih serta pencuci mulut.
Ada satu kuih tradisinya yang menarik perhatian NB iaitu “Panganan” yang serupa dengan kuih cincin di Sarawak serta sebutan manuk iaitu ayam yang sama.

Untuk kali ini NB telah mencuba resepi masakan ayamnya. Memang unik dan full feelin dengan rasa rempahnya. Di sini NB sediakan resepinya dalam dua versi, yang satu original dan yang satu lagi versi NB sendiri. Tapi rasanya memang 5 star. Masakan ni tidak menggunakan santan tetapi kelapa parut. Mudah disediakan. Rasanya adalah gabungan di antara rasa rendang dan kari. Pelik tapi benar. Nak tau ?? Apa lagi cubalah sendiri surely u won’t regret.





MANUK  AH  PIALAPAAN
(Ayam Masak Berbumbu Kelapa Parut)
  
Bahan-bahan A:

I ekor ayam (dipotong kecil)
¼ biji kelapa parut
3 btg serai (dititik)
1 bawang besar (dihiris)
Garam dan perasa secukupnya
5 camca besar minyak kelapa


Bahan Tumbuk B :

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
12 biji cili padi
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
3 sdt ketumbar
1 ½  inci kunyit hidup

Cara penyediaannya:
1.    Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam. Masak hingga kekuningan. Tambah sedikit air dan masak hingga empuk.
2.    Gaulkan kelapa parut, serai dan bahan tumbuk. Masukkan ke dalam ayam. Masak selama 2 – 3 min.
3.    Masukkan bawang besar dan garam. Biarkan mendidih hingga kering.

  
  

VERSI  NYONYA  BORNEO




Semua bahan A sama.

Untuk bahan tumbuk (B)  Campuran Serbuk :

Semua sama kecuali cili api NB menggantikannya dengan 2 tsp cili serbuk dan kunyit hidup diganti dengan 1 tsp kunyit serbuk. Rempah yang lain NB menggunakan rempah serbuk yang dah siap.

( C )  Bawang dan halia NB tumbuk je sebab resepi ni menggunakan bawang yang sedikit.

So, *** Bahan B + C + kelapa parut + 1 tsp garam + 1 tsp perasa gaul rata.


Caranya:

Panaskan 5 tbsp minyak dan goreng kekuningan  ayam + 1 tsp garam + 1 tsp perasa yang telah digaul rata. Bubuh air 1 cawan.
Masuk serai titk dan bawang besar hiris. (Option: Tambah air lagi untuk kuah.)
Masak sehingga ayam empuk baru masukkan bahan  campuran ***.
Gaul dan biar seketika dan Taa raaa Siap untuk di santap.

Masakan ini juga sedap di makan dengan roti bakar. Yum yum.


Happy Cooking!

No comments:

Post a Comment