Wednesday, February 2, 2011

Rancang Masakan Anda

NB ni jenis yang tak suka duduk lama-lama kat dapur paling kurang pun 1/2 jam atau maksima 1 jam dah cukup. Bukan apa banyak kerja yang menunggu giliran dan perlu diselesaikan. Semuanya penting. Kerana itulah kita perlu perancangan. nak tahu bagaimana? Jom NB nak share dan sebagai permulaan ini apa yang NB buat :
1. Rancang atau pilih makanan yang kita suka contohnya nasi, mi etc.
2. Sediakan satu jadual seminggu @ the best will be one month schedule.
3. Pecahkan kategori makanan seperti masakan kampung, western and so on.

Pembahagian kategori masakan contohnya adalah seperti berikut:

Week 1
Isnin         : Nasi Campur   
Selasa      : Special Menu (mencuba resepi baru )
Rabu        : Hidangan Popular  ( nasi ayam, nasi briyani  etc)
Khamis     : Mi
Jumaat     : Nasi Goreng

Week 2
Isnin         : Hidangan Asia (Indonesia,Singapura,Filipina etc.)
Selasa      : Hidangan Warisan/Masakan kampung
Rabu        : Hidangan Favourite Keluarga
Khamis     : Hidangan 1Malaysia ( Cina, India, Melayu etc)
Jumaat     : Western Foods

Dengan adanya perancangan sebegini , sedikit sebanyak membantu kita merancang perbelanjaan dapur dengan lebih efficient. Apa tidaknye kita hanya membeli keperluan yang dah habis @ tidak ada dalam stok kita…Strickly!! Yang bestnye banyak resepi-resepi baru kita boleh cuba dan invent. Pasti syiookkk sendiri!
NB akui sememangnya pada permulaan hendak menggunakan pelan ini banyak juga dugaannya tapi percayalah seminggu dua dah lancar. Kerja pun jadi terurus. Takkan ada lagi istilah “esok nak masak pe eek?”, “tak tau nak masak ape ari ni?“ Apapun…Sendiri tanya,  sendiri mau ingat,  sendiri jawab la...Hehe. Nak biasa tu sebulan jugak lah sebab NB ni jenis rilex tak suka kelam kabut, tak keruan gitu. Lepas tu gerenti kita bersyukur ada timetable (tt) macam ni. Yang pastinya anak-anak yang excited lebih nak tau menu apa untuk besok. Lebih-lebih lagi menu tu kegemaran kakanda. Time macam ni la kita boleh try resepi baru. Kan kita dah banyak masa nak merancang masakan kita. NB sendiri  pun sejak menggunakan  tt ni banyak resepi baru yang NB dah cuba dan invent. Tak ada lagi istilah repeat menu yang sama dalam sebulan. Sebulan tau!! Bukan seminggu. Sebelum ni, dalam seminggu NB pasti ulang masak menu yang sama sebab takde idea or tak tau nak masak ape dan paling kritikal bahan nak masak tak ada dlm  stok. Sebab apa tak rancang menu lah!!
So, harap tt ni dapat membantu kita menjadi bonda-bonda yang  lebih teratur dan efficient dalam menyediakan hidangan buat keluarga tersayang.

Salam hormat & gud luck 
wassalam

No comments:

Post a Comment