Alhamdulillah, minggu yang penuh dengan kejutan............
Salam dan bersua kembali kita di dunia maya ini. Seperti yang NB sebutkan tadi minggu ini penuh dengan kejutan. Kejutan demi kejutan hingga meningkatkan adrenalin NB. Semangat NB semakin membara untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Masyallah. Allah Maha Besar memberi kenikmatan hidup yang kadang kala tak terucap dek kata-kata. Di sebalik segala kesulitan pasti ada kemudahan serta kebahagiaan yang bisa memberikan sejuta kuntuman senyuman. Begitulah hati NB di kala ini. Tak terucap rasa syukur.
Akhirnya pencarian teman-teman lama membuahkan hasil. Bermula dengan Rohana, Sheela, Eleanor, Dayang, Ras, Kak Yus, Zurima dan lain-lain yang tidak sempat nak disebutkan satu persatu disini. Jangan marah ya. Harapan dan doa NB agar persahabatan kita kekal dan dilindungi Allah selalu. Bermacam persepsi dapat NB simpulkan disini. Rupa wajah tak banyak berubah. Kemesraan juga masih sama seperti di alam persekolahan. Malah gurau senda semakin mengingatkan NB saat bahagia di sekolah tanpa batasan fikiran dan tanggungjawab. Rata-rata yang NB lihat punya kehidupan yang lebih bermakna dan Berjaya. Alhamdulillah.
Untuk catatan Library NB minggu ini, NB telah berkesempatan membaca beberapa buah buku dan melawati beberapa laman sesawang. Perasan tak bahasa NB kali ni agak lebih standard berbanding sebelumnya. Bukan apa NB ingin mencuba dan merasa serta menghayati apa yang diperkatakan oleh seorang penulis dalam buku “ Tip Menjadi Penulis Bestseller ”, tulisan saudara Zamri Mohamad. Lagi pula NB masih lagi dalam proses pembelajaran. Banyak yang NB ingin tahu. Apa pun NB ingin memberikan yang terbaik buat semua supaya boleh dikongsikan dan di manfaatkan bersama.
Antara lain dalam buku tersebut menekankan penggunaan bahasa haruslah standard supaya mudah difahami oleh pembaca yang mungkin dari Indonesia, Brunei dan Singapura manakala bahasa pasar akan menyukarkan mereka dan boleh hilang ditelan zaman. Penggunaan singkatan juga perlu dielakkan seperti contoh kbykn yang merujuk kepada kebanyakkan. Yang ini NB setuju kerana NB sendiri selalu tersangkut dek singkatan-singkatan yang kadangkala sukar ditafsirkan. Tapi masih ada di luar sana orang-orang yang Berjaya menggunakan bahasa biasa dan bahasa campur sebagai medium perhubungan malah berupaya memperolehi pendapatan beribu-ribu RM contohnya RedMummy. Malah dalam web RedMummy pun dia banyak memberi ilmu dengan cara keikhlasannya sendiri. Antara lain cara persembahan dan gaya tulisan agar tidak menggunakan banyak warna dan harus menggunakan alignment yang betul. Itulah yang cuba NB manfaatkan disini. Web littlekittle@Mamafiza pula NB temui melalui buku tulisannya yang NB beli beberapa minggu lalu. Itupun gara-gara mencari resepi untuk bekal anak sekolah seperti yang NB ceritakan di entri yang lalu. Dan disitulah NB mula mengenal tulisan RM yang adakalanya boleh menaikkan semangat pembaca. Tabik hormat dan tahniah buat mereka yang begitu bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ketiga-tiga insan yang saya sebutkan disini adalah individu-individu yang telah berjaya dalam dunia masing-masing melalui hasil tulisan.
Apa yang beza? Dari sudut pandangan NB kedua-dua cara ada kelebihan masing-masing. Gaya bahasa pasar dan bahasa campur lebih santai untuk dihayati serta mempunyai sentuhan tersendiri manakala bahasa standard mudah difahami, lebih serius dan agak berhati-hati dari segi penulisan.
Bahasa standard atau bahasa campur? Tepuk dada tanya selera, pilihan di tangan anda.
Kepada yang ingin menjadikan hasil tulisan sebagai menambah mata pencarian atau untuk tulisan yang lebih kreatif dan mantap bacalah buku-buku tulisan saudara Zamri atau ke dan juga lawatilah ZamriMohamad, RedMummy dan littlekittle@mamafiza banyak ilmu yang boleh dipelajari dari mereka. Insyaallah.
Bahasa standard atau bahasa campur? Tepuk dada tanya selera, pilihan di tangan anda.
Kepada yang ingin menjadikan hasil tulisan sebagai menambah mata pencarian atau untuk tulisan yang lebih kreatif dan mantap bacalah buku-buku tulisan saudara Zamri atau ke dan juga lawatilah ZamriMohamad, RedMummy dan littlekittle@mamafiza banyak ilmu yang boleh dipelajari dari mereka. Insyaallah.
Disini juga NB ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua pengunjung blog ini walaupun NyonyaBorneo baru dilancarkan pada 29 Januari 2011. Terlalu banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki serta diberi penambahbaikkan. Segalanya untuk yang terbaik. Pelbagai permintaan yang NB terima rata-rata ingin mengetahui lebih lanjut tentang anak-anak dan keluarga NB serta photo-photo mereka. Terutama dari Zurima yang dulu NB kenali sebagai Zarima rakan sekolah rendah yang sudah 26 tahun kami tidak berjumpa. Waktu itu Zurima mengikut keluarganya ke Kulala Lumpur jadi kami hanya dihubungkan dengan tulisan surat zaman kanak-kanak. Gelihati mengenangkan zaman kanak-kanak. Insyallah NB sedang mengusahakannya. Terima kasih juga kepada Dayang diatas sokongannya dan Kak Yus yang sanggup semalaman menemani NB mencari bahasa Sarawak untuk diterjemahkan. Jangan lupa ke blog Kak Yus kerana banyak cerita menarik dan sayu disitu yang dapat dikongsikan bersama. Juga kepada Facebook Sejarah Sarawak yang telah berusaha menyediakan banyak info-info yang sangat berguna untuk dijadikan rujukan. Tidak lupa juga, janji saya kepada Eleanor untuk mempromosikan bisnes pendidikannya.
Untuk keterangan lanjut : E-learning Edunetbiz :
We are looking for serious Business partner.
This Online Education Program is endorsed by Minister of Education, TYT (Tuan Yang Terutama) Penang and partnership with USM (Universiti Sains Malaysia).
The program is use for Standard ONE until FORM 5 students. We want to help average and weak students to improve their study. USM (Universiti Sains Malaysia) had R&D this program almost 4 years and come out with powerful input learning.
This program is appliance with SYARIAH certification.
This Online Education Program is endorsed by Minister of Education, TYT (Tuan Yang Terutama) Penang and partnership with USM (Universiti Sains Malaysia).
The program is use for Standard ONE until FORM 5 students. We want to help average and weak students to improve their study. USM (Universiti Sains Malaysia) had R&D this program almost 4 years and come out with powerful input learning.
This program is appliance with SYARIAH certification.
Akhir sekali berita yang amat mengembirakan NB sekeluarga… BALIK KAMPUNG !! Hampir 7 tahun NB tidak berhari raya di Kuching, Sarawak kerana tuntutan masalah dan perkara yang tidak dapat dielakkan serta kekangan kerja yang begitu menuntut pengorbanan. Inilah hadiah buat NB sejak bermastautin di rumah. Agaknya mengapa begitu awal perancangannya. Tahun ini anak sulung NB akan menghadapi PMR dan kepulangan ini juga sebagai hadiah kepada Bonda tercinta untuk menemaninya di Hari Raya sejak pemergian arwah Abah yang genap setahun pada Tahun Baru Cina ini. AL FATIHAH buat arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amin. Buat tempat kelahiran NB, Kuching nantikan kehadiran kami untuk melangsaikan segala hutang kerinduan… Insyallah, dengan izin NYA.
No comments:
Post a Comment