SAHABAT
10 kategori sahabat :
1. Sahabat yang sanggup memberi untuk manfaat orang lain.
2. Sahabat yang sanggup membakar diri demi kebahagiaan orang lain.
3. Sahabat yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan orang lain.
4. Sahabat yang sanggup menangis untuk kejayaan orang lain.
5. Sahabat yang sanggup teraniaya untuk kepentingan orang lain.
6. Sahabat yang membuat kebaikan untuk keuntungan & kepentingan orang lain.
7. Sahabat yang berbuat kebaikan untuk mangharapkan balasan dalam diam.
8. Sahabat yang gembira walaupun sebenarnya dalam kedukaan.
9. Sahabat yang setia walaupun banyak kali di kecewakan.
10.Sahabat yang benar-benar ikhlas kerana ALLAH s.w.t.
Yang mana satukah kategori kita sebagai sahabat atau sahabat kategori kita?
Pengalaman NB yang lalu benar-benar mengajar dan memberi keinsafan jenis-jenis sahabat yang NB pernah lalui dan alami. Persahabatan yang ikhlas apabila sahabat dan diri kita sendiri, masing-masing tidak mempunyai aim atau kepentingan terhadap ikatan tersebut. Masing-masing harus dan wajib berterus terang walaupun pahit. Tiada istilah menjaga hati dan perasaan kerana akhirnya akan memakan diri sendiri walaupun pada hakikatnya kita ikhlas dalam persahabtan itu. Ini kerana kita tidak boleh mengharapkan orang lain yang bergelar kawan atau sahabat akan menjadi seperti kita atau kita seperti mereka. Manusia itu sendiri lemah dan mudah lupa atau lalai dalam persahabatan ditambah lagi bisikan orang ketiga iaitu jin dan syaitan, kadangkala boleh merubah sahabat dan kita sendiri menjadi alpa seketika.
Contoh pertama apabila selama ini kita begitu respect dan menghormati suami sahabat kita sehingga ingin berbual pun kita tangguhkan kerana suami sahabat ada di rumah. Tetapi dek kerana bisikan pihak ketiga kita sampai terlupa prinsip pegangan kita sebelum ini dan yang paling dahsyat kita terus hilang pertimbangan sehingga sanggup mengkonfrantasi suami sahabat kita demi menegakkan benang yang basah. Di mana iman kita waktu itu, maka pengaruh nafsu sudah pasti menguasai kita dek kerana kita lupa dan tidak sedar apabila dikuasai bisikan pihak ketiga. Nauzubillah...
Contoh kedua apabila kita merasakan diri kita terlalu baik di mata manusia tetapi pada hakikat sebenarnya kita di mata Allah bagaimana agaknya?
Ceritanya mengenai seorang yang bergelar sahabat dengan niat baik hendak membantu sahabatnya yang susah tetapi diakhiri dengan menganiaya sahabatnya yang susah apabila sahabat yang susah tadi telah bersusah payah mengorbankan duit dapur atau duit belanja untuk mendahulukan pembelian buku dan akhirnya sahabat yang baik hati tadi tidak mangambil buku tersebut. Si sahabat yang susah tertunggu-tunggu tarikh yang dijanjikan tapi sehingga berbulan sahabat itu terus menghilang serta panggilan dan sms tidak berjawab hanya kerana sahabat yang susah ini tidak mahu bersekongkol untuk menutup periuk nasi seorang manusia lain yang telah membuat kesilapan. Niat si sahabat baik ingin menegak kebenaran tetapi kebenaran itu akan mengundang kemusnahan pada manusia tersebut.
Salahkah si sahabat yang susah berlaku demikian atau betulkah tindakan si sahabat yang baik hati yang ingin menegakkan kebenaran dengan membuat dan menjatuhkan hukuman sendiri tanpa memikirkan hukuman sebenarnya harus datang dari Allah yang Maha Besar bukan kita yang hanya hambanya. Dimanakah iman kita ketika ini ? Selama ini kita dipandang mulia oleh sahabat kita dan akhirnya menjadi tanda tanya apabila the true colour dapat dilihat. Adakah kita hidup dalam kepuraan yang kita sendiri tidak sedar atau kita merasakan yang kita terlalu baik tetapi sebenarnya hanya di mata kita sendiri….
Contoh ketiga apabila kita mendapat peluang keemasan yang ingin dikongsikan bersama-sama sahabat dengan niat hendak sama-sama berjaya tetapi berakhir dengan penganiayaan pada diri kita apabila sahabat yang menjanjikan peluang itu berpaling tadah dan menipu kita dan sahabat kita yang lain. Dengan izin Allah , Kun faya kun…Dan jadilah kita korban dalam kesakitan akibat disihir sehingga lupa ingatan akibat dipukau dan di mendrem supaya mengikut segala tindak tanduk yang kita sendiri tidak sedar pada masa itu yang kita sedang sakit sebenarnya. Hanya yang rapat dengan kita sedar akan perubahan kita. Tapi pada diri, kita merasa sihat dan kuat seperti biasa.Penganiayaan tidak terhenti di situ, selepas sakit kita diuji pula dengan pelbagai cerita buruk. Hanya Allah yang MAHA mengetahui kebenarannya. Padanya aku pasrah dan berserah!
Kebenaran adalah suatu yang amat mahal dan susah untuk ditegakkan. Manusia kini lebih mempercayai kebohongan, keburukan dan kesalahan dari menerima kebenaran itu sendiri. Tetapi percayalah walau seribu tahun pun, kebenaran pasti tiba walaupun pada waktu itu kita sudah lenyap dari dunia sementara ini. Itulah DUNIA….
Sumber By fb An Nour Homebiz
Bila rasa susah hati dan tertekan, saya terngiang2 kata2 Prof.Dr.Muhaya di IKIM.fm... tiada sesiapa yg rugi ape2 kat dunia ni... kerugian sebenar adalah di akhirat... kerana, bila kita mengejar akhirat, dunia akan dtg kpd kita... tapi jika kita mengejar dunia, akhirat akan pergi meninggalkan kita... (^^,)
No comments:
Post a Comment