Tuesday, February 1, 2011

DUNIA BARU

Sepanjang mengenali dunia blogger sejak tahun 2006, tak pernah terlintas nak mencuba mencipta blog sendiri. Keinginan tu memang ada tapi tak tahu dan tak mahu tahu dimana hendak bermula, bagaimana, apa yang nak dimulakan dan bila nak mula. Semuanya persoalan tak berjawab. Entah bila keinginannya datang. Tetiba dah wujud blog peribadi. Agaknya setelah duduk rumah kot tak tahu nak buat apa sedangkan banyak benda menuntut perhatian. Saje nak cari masa untuk diri sendiri... Inilah hasil nukilan pertama sempena maal hijrah kemarin. Saje memilih tarikh keramat ini untuk memulakan karier baru. Harapanku semoga penghijrahan ini benar2 menjanjikan kebenaran, keikhlasan dan ketulusan abadi. Amin. Untuk tatapan dan kenangan NB, selamat menikmati…

Salam Maal Hijrah,

Bermulanya penghijrahanku ke dunia maya, dunia blogging... Mengharapkan yang terbaik dapatku sumbangkan sebagai ingatan dan kenangan abadi.

Terima kasih yang tidak terucap buat suami tercinta di atas sokongan, kasih sayang dan pengorbananmu. Ampun dan maaf segala kekhilafan ku sebelum, selepas dan akan datang yang nyata dan tidak... Kau SyurgaKu, Sayang.

Terima kasih juga buat lima anak-anakku yang comel yang punya banyak pengertian dan pengorbanan dalam menjalani kehidupan dewasa. Harapanku dapat memberikan yang terbaik buat kalian. Doaku kalian mejadi khalifah yang berjaya dunia dan akhirat...AMIN.

Buat Dua Bunda dan Ayah, tanpa kalian tiadalah aku dan siapalah aku. Ampunkan segala kesalahanku.Moga Allah merahmati dan melindungi kalian serta dimurahkan rezeki.

Kakanda & Adindaku sekalian, buatlah yang terbaik dalam hidup dan keluarga. Jangan lupa asal usul yang telah mengenalkan erti kehidupan sebenar!

Untuk semua salam sayang, hargailah kehidupan yang sebentar cuma dan bahagia selalu dalam menuju kehidupan yang kekal.

Salam Maal Hijrah! Don't Worry Be Happy...



No comments:

Post a Comment