Salam sejahtera semuanya.
Lamanya NB bercuti… terasa banyak pula cerita yang nak dikongsikan dan banyak juga perkara-perkara yang tertinggal. Sebelum bercerita lanjut NB ingin melunaskan janji NB untuk mempromosikan tiga aktiviti sahabat NB:
1. BENGKEL PENGUKUHAN SOLAT
NB amatlah berbesar hati untuk mewar-warkan bengkel pengukuhan solat yang dianjurkan oleh Human Capital Development Services yang bakal memberi ruang kepada peserta mengambil bahagian secara interaktif untuk berkongsi apa jua permasalahan yang bersangkutan dengan solat.
Bengkel ini akan diadakan pada 26hb Feb 2011, Sabtu di Dewan Utama Hotel De Palma Ampang. Jam: 8.30am – 5.00pm. Yuran yang ditawarkan adalah RM 175.00 termasuk Nota Kursus, Makan dan minum, Sijil dan Cenderahati dari pihak penganjur. Peryertaan awal dan berpasangan layak mendapat harga istimewa RM155.00 seorang.
Bengkel ini juga akan dikendalikan oleh Ustad Che Nordin Che Ibrahim, seorang penceramah agama dan motivasi bertauliah dari JAIS.
Marilah kita beramai-ramai mengambil kesempatan ini untuk memperbaiki serta menguguhkan solat kita agar mendapat lebih manfaat dan keredhaan Allah s.w.t. Insyallah.
Hubungi NB untuk keterangan lanjut atau Penganjur pn Azrina 010 3234739 dan En Shahrul 010 3240051
Sumber : Bicara hidayah poppi
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (QS: Al Baqarah 2: 45)
Orang yang sentiasa khusyuk dalam setiap aktiviti kehidupannya, tidak akan gelisah, sentiasa tenang, bersemangat, jiwanya positif dan segala kebaikan mudah dicapai.
Orang yang khusyuk di dalam setiap aktivitinya akan sentiasa sabar walau apa pun menimpa. Sentiasa bersemangat dan tertunggu-tunggu waktu solat. Solat dirasakan ringan dan asyik kerana itulah saat kemuncak mikraj kepada Allah سبحانا وتعاﱃ .
Orang yang khusyuk di dalam setiap aktivitinya akan lebih pasrah, redha dan berserah kerana jiwanya sudah terkunci dengan kesedaran yang tertinggi bahawa setiap apa yang dilakukan adalah kehendak Allah سبحانا وتعاﱃ.
Setiap kehendak Allah سبحانا وتعاﱃ pasti yang terbaik untuk dirinya walaupun jika mengikut akal fikiran mungkin tidak baik bagi dirinya.

No comments:
Post a Comment