Monday, February 28, 2011

AKU PENULIS BESTSELLER....??

CERITA PENULIS SUPER....

Salam,
Di pagi minggu yang indah sebegini, hati NB terasa begitu tenang dan berbibitkan bunga-bunga cinta maka hari ini NB ingin mengambil kesempatan berkongsi suatu ilmu pengetahuan yang orang kurang ambil tahu kerana tak tahu… tapi boleh menjana kehidupan yang lumayan dan berterusan.
Sama seperti sebelum ini NB pun begitu alpa sehinggalah saat NB mengikuti bengkel mega seminar barulah minda NB terbuka luas seperti  peluang yang diwar-warkan.
Apa yang NB harapkan jika NB berjaya dalam projek ini NB juga mengharapkan kejayaan yang sama pada sahabat-sahabat semua…
Maka sama-samalah kita saling mendoakan  kejayaan dan dipermudahkan segala urusan yang ingin dicapai… AMIN.
Zalim rasanya kalau NB tidak berkongsi peluang ini bersama dengan seramai mungkin… kerana pernah menghadiri seminar sebelum ini maka NB amatlah mengesyorkan supaya bengkel ini dapat dihadiri oleh bakal penulis yang ingin mengembangkan bakat terpendam dan seterusnya menjana pendapatan lumayan.

Ingin jadi Penulis Bestseller?  Bagaimana caranya?
Inilah jawapannya yang ingin NB war-warkan dan lebih baik jika Tuan Empunya progam menerangkan bukan apa kalau NB bercerita takut ada yang tertinggal atau terlebih sampai… 

Terima kasih NB buat Tuan Fauzul & Tuan  Zamri kerana mengizinkan penggunaan artikel dibawah untuk dikongsi bersama: 

Dari meja Akademi Penulis….
You are here/ Bengkel Penulis Super
Bengkel Penulis Super?

Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan
Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini.
Fasa 2 : Fasa Penulisan
Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.
Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan
Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya.

Super? Boleh Buat Duit dengan Menulis?

Kita ambil 5,000 naskhah sebagai asas kiraan.
15 edisi X 14 kali ulang cetak X 5,000 naskhah = 1,050,000 naskhah
Jika kita meletakkan anggapan setiap naskhah beliau memperoleh royalti RM1 (dikatakan pengarang ini membuka syarikat penerbitan sendiri. Syarikat itu yang mengedarkan buku itu, pendapatannya tentu melebihi dari apa yang kita kira di sini)
RM 1 X 1,050,000 naskhah RM1,050,000!!!
Banyak ataupun tidak?
BANYAK!!!!

Adakah Benar Orang Malaysia Tidak Membaca?
Orang Malaysia hanya membaca buku satu muka surat satu tahun
Orang Malaysia hanya membaca dua muka surat satu tahun
Orang Malaysia membaca dua buku satu tahun....

Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh hubungi
AKADEMI PENULIS SDN. BHD.
(anak syarikat FN Education Group)
9-1 & 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur
Telefon: (+6) 03 4149 2560 Faks: (+6) 03 4149 3560 
E-mel:latihan@akademipenulis.com


1 comment:

  1. Strange "water hack" burns 2 lbs overnight

    At least 160 000 men and women are trying a easy and secret "liquids hack" to burn 1-2 lbs each and every night in their sleep.

    It is effective and it works on anybody.

    Just follow these easy step:

    1) Grab a drinking glass and fill it up with water half glass

    2) Proceed to follow this strange hack

    you'll become 1-2 lbs skinnier the next day!

    ReplyDelete